Thursday 29 March 2018

Usahawan Dikaitkan Bercinta Dengan Elfira Loy Akhirnya Dedah Status Sebenar Hubungan..


Usahawan Asyraff Mazlan yang dikaitkan bercinta dengan Elfira Loy dan dituduh sebagai punca pelakon wanita itu putus tunang bersama Sufian Suhaimi akhirnya tampil mendedahkan status sebenar hubungannya bersama Elfira.

Menurut Asyraff, beliau sudah lama mengenali Elfira dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa seperti yang hangat diperkatakan.

Pada masa yang sama, Asyraff turut menepis dakwaan netizen kononnya beliau menunaikan ibadah umrah bersama Elfira dan keluarganya.


Kami bukan buat umrah bersama, sebaliknya kita pergi dalam kumpulan yang ramai dan foto yang saya kongsi beserta kapsyen di Instagram hanyalah gurauan sesama teman.

Netizen yang keluarkan semula foto itu dan kaitkan saya dengan isu putus tunang sedangkan kami mengerjakan ibadah umrah sebelum kontroversi itu timbul. Sebenarnya saya dah kenal keluarga Elfira sejak awal dia bergelar pelakon lagi dan kami hanya berkawan biasa sahaja.


Asyraff mengakui beliau tertekan dihimpit dengan spekulasi dan kontroversi sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Beliau jarang berhubung ataupun mencampuri urusan peribadi Elfira. Dalam pada itu, Asyraff mengakui beliau sudah ada kekasih hati dan sekaligus membuktikan gosip percintaan yang timbul antaranya dan Elfira tidak benar sama sekali.

Sumber: mStar Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2GnQRvm
via Merah Hati Cintaku