Sunday, 25 March 2018

Keluar Makan Bersama Sempena Sambutan Hari Lahir, Panggilan Manja Tunang Remy Ishak Pada Dia Sangatlah Simple


Pelakon drama terkenal Remy Ishak sudah pun mengajak usia 35 tahun pada tahun ini.Namun pelakon yang punya ramai peminat ini di katakan masih lagi belum memilih tarikh tetap untuk menikahi tunangnya iaitu Ezza Yusof. Ezza yang baru-baru ini juga telah menyambut hari lahirnya yang ke -25 di lihat sangat bahagia di samping Remy Ishak.


Sebelum ini Remy dan juga Ezza telah pun mengikat tali pertunangan secara sah. Ikatan itu di katakan masih terjalin walaupun Remy Ishak di katakan sibuk dengan jadual shooting. Walaupun masih berteka-teki dan tidak pernah memaklumkan kepada wartawan atau peminat bilakah mahu menamatkan zaman bujang, namun peminatnya mendoakan agar Remy akan bernikah dengan tunang tersayang secepat mungkin.





Ezza di lihat sebagai gadis yang sangat matang dan wajahnya terlihat sangat cantik bila bertudung sederhana seperti ini. Ramai netizen kagum dengan sikap Ezza kerana dia di lihat tidak terlalu suka untuk mengupload gambarnya dengan tunang di laman sosial.



Ezza juga dalam postingnya di Instagram terlihat bahagia apabila Remy Ishak menyambut hari lahirnya. Jika orang lain memanggil tunang masing-masing dengan panggilan baby, anje atau sayang, Ezza hanya menggunakan panggilan “best friend” kepada tunangnya,Remy Ishak.



Dalam captionnya,“Alhamdulillah. I’m Officially ’25’ . Thank you belanja saya dinner, best friend. #ariesbabies #ariesmeetaries  #takbersiappun ”.Nampak simple betul Ezza dalam gambar ini kan? Muka Remy pun nampak lawak bila dia buat macam itu. 


Ramai betul ucapan hari lahir yang di berikan kepada Ezza dan mereka mendoakan agar Ezza dan Remy Ishak agar segera bernikah.

Sumber: https://kisahdunia.com/


from Sehinggit Media https://ift.tt/2pH8Whi
via Merah Hati Cintaku