Saturday, 24 March 2018

Bersemut Tengok Moment Jep Dan Sari Yanti Ketika Majlis 'Baby Shower'..


Pasangan yang sama cantik dan sama padan, Jep Sepahtu dan Sari Yanti kini sedang menanti hari menimang cahayamata pertama mereka.

Sedar tidak sedar sudah lebih setahun pasangan yang sama cantik dan sama padan, Jep Sepahtu dan Sariyanti mendirikan rumahtangga. Dan kini pasangan ini sedang menantikan kehadiran cahayamata pertama mereka tidak lama lagi.

Bertempat di Shah Alam hari ini, keluarga Sariyanti telah pun mengadakan majlis ‘baby shower’ untuk Sari Yanti.

Bertemakan warna kuning dan kelabu, majlis tersebut turut dihadiri oleh keluarga Sinar seperti Rahim dan rakan rapat Sariyanti iaitu Puteri Sarah Liyana serta keluarga terdekat dan juga rakan rapat mereka. Untuk makluman menurut Sariyanti, beliau akan bersalin sekitar dalam bulan Mei nanti.


Lebih selesa tidak mengumumkan jantina kelahiran bayi mereka, kami di Sinar mendoakan agar segalanya dipermudahkan untuk pasangan ini.






Sumber: sinar.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2GnJZkL
via Merah Hati Cintaku