Tuesday, 27 March 2018

Tak Sengaja..Adik Neelofa Mohon Maaf Perlekeh Samsung.


Gara-gara mengeluarkan kenyataan yang mengguris perasaan pengguna telefon jenama Samsung, adik kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Ameera Khanmemohon maaf di atas keterlanjuran kata-katanya di dalam video yang dimuatnaik baru-baru ini.

Memberi sokongan kepada jenama Apple, Ameera melalui Insta Stories baru-baru ini telah memuatnaik permohonan maaf di samping menjelaskan perkara sebenar yang terjadi ketika sesi penggambaran video tersebut berlangsung.


Melalui video yang menimbulkan kecaman tanpa henti warga laman sosial tersebut, Ameera mengeluarkan kenyataan – Ewww – kepada jenama dari Korea Selatan itu.

Malah yang paling terbaru, dia sekali lagi menarik perhatian ramai apabila hadir dengan kenyataan di Twitter yang disifatkan berlagak oleh pengguna laman tersebut. Kata Ameera, dia ke sekolah antarabangsa bukanlah untuk mengambil SPM.

Terpulanglah buat Ameera dalam mencipta nama di kalangan warga laman sosial di Malaysia ini. Usia masih muda dan masih jauh perjalanan dalam menghadapi hari mendatang. Sekurang-kurangnya hangat jugalah laman sosial di Malaysia ini kerana ada isu untuk diperkatakan.

Sumber: Rotikaya.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2umj7Nl
via Merah Hati Cintaku