Saturday, 24 March 2018

Netizen Pelik 3 Artis Kacak Pakai Baju Sama, Ini Respon Sinis Syafiq Kyle


Sebagai selebriti, selain tindak-tanduk ke mana sahaja kaki melangkah, fesyen dan pakaian mereka juga sentiasa diperhatikan peminat dan orang awam. Tidak hairanlah mereka perlu sentiasa tampil kemas, bergaya dan stylo walau di mana-mana pun mereka pergi.

Golongan artis juga dianggap mempunyai citarasa fesyen yang tinggi dan sentiasa up-to-date dengan trend semasa. Mereka juga perlu dilihat memakai pakaian berbeza setiap kali muncul di khalayak, jika tidak, ianya menjadi sesuatu yang aneh dan menghairankan.

Perlu penjelasan, baju sapa korang pinjam ni


Pengguna Twitter, Hanzo Omar memuat naik satu Tweet menyatakan rasa hairannya mengenai baju bercorak petak biru gelap dan kuning yang dipakai 3 pelakon lelaki tempatan. Antara gambar yang turut disertakan dalam tweet itu adalah pelakon baru Ikmal Amry, Aedy Ashraf dan Syafiq Kyle.

Jelas persamaan baju kemeja itu dilihat sama dan saling tidak tumpah antara satu sama lain. Tweet berkenaan mendapat lebih 5 ribu RT yang mungkin bersetuju dan turut berkongsi rasa hairan yang sama.

Ini jawapan Syafiq Kyle


Pelakon kacak Syafiq Kyle yang sedar mengenai persoalan itu memetik tweet berkenaan dan membalas mengatakan dengan sinis baju yang dipakainya itu ternyata ‘ada sehelai je kat dunia’.

Netizen bergurau je




ChalloFC sehati sejiwa



Ada juga yang berpendapat, ketiga-tiga mereka mempunyai baju yang sama kerana kesemua mereka adalah ahli pasukan kelab bola sepak Challo FC, sebab itulah mereka mempunyai semangat kebersamaan yang tinggi, baru brotherhood. Ye dak?

Sumber: OHBULAN


from Sehinggit Media https://ift.tt/2HXQsQv
via Merah Hati Cintaku