Thursday 29 March 2018

Kelihatan Benda Hidup Dibiarkan Di Ruang Bawah Tanah. Seorang Lelaki Yang Baru Berpindah Ke Rumah Barunya Terkejut


Pernahkah anda berasa letih ketika lakukan sesuatu dan keadaan pada waktu itu sangat kelam-kabut sehingga terlupa akan sesuatu yang amat penting?

Kisah menyayat hati ini berlaku di St Louis, apabila pemilik baru berpindah masuk dan mendapati pemilik lama telah meninggalkan seekor anjing kepunyaan mereka yang cantik, dan dirantai seolah-oleh membiarkan haiwan itu mati begitu sahaja.

Diikuti kisah di bawah bagaimana reaksi seekor anjing itu ketika ia melihat penyelamatnya.

“Saya baru membeli sebuah rumah dan seekor anjing jenis Pit Bull dirantai di ruang bawah tanah,” pemilik baru memberitahu kepada pegawai kakitangan di Stray Rescue St. Louis. “Saya tidak pasti berapa lama sudah ia berada di sana.”

Sukarelawan bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan anjing terbiar yang kesian itu.

Apabila haiwan itu nampak sukarelawan tersebut, ia tidak dapat menahan gembira. “Kami membuka pintu ke ruangan bawah tanah dan menyalakan lampu suluh kami, kami melihat ekor yang bergegar,” kata Natalie Thomson, yang merupakan pengarah komunikasi kumpulan The Dodo.

“Dia hampir tercekik kerana kerana teruja kegembiraan melihat kami. Apabila kami membebaskannya, dia tidak berhenti berlari melompat atas, bawah dan memberikan pelukan.”

Jadi, mengapakah wujudnya orang sekejam ini yang meninggalkan sesuatu yang bernyawa dibiarkan mati begitu sahaja dan tidak dapat menanggungnya?

Kawasan bawah tanah itu dipenuhi dengan sampah-sarap dan barangan yang tidak boleh dipakai lagi, termasuklah anjing tersebut. Tiada siapa yang tahu siapakah gerangan orang yang pernah mendiami rumah itu, atau sebab mengapa mereka memilih untuk meninggalkan nyawa anjing yang berharga itu.


Apa yang jelas sekali, haiwan itu tidak dapat bertahan lama jika dilihat bekas makanannya tidak mempunyai makanan lagi apatah lagi mangkuk air.

Haiwan yang penuh semangat kegembiraan diberi nama ‘Jumping Bean’ ketika diselamatkan.

Bagi anjing pernah didera atau diseksa pasti akan meninggalkan kesan trauma dalam diri mereka. Berbeza dengan Jumping Bean, di mana ia mempunyai semangat yang luar biasa. “Sifat personalitinya sangat comel,” kata Thomson.

“Dia menyukai semua orang yang ditemuinya dan meminta perhatian, agar dia memastikan bahawa dia tidak lagi diabaikan! Dia seekor anak anjing yang bertenaga dan sangat penyayang! Dia kelihatan gembira sepanjang masa.”

Lelaki ini bagaikan tidak percaya apabila dia menjumpai anjing yang dirantai di bawah tanah dalam rumah itu


Rupanya pemilik rumah sebelum ini meninggalkan banyak sampah sarap dan barang yang tidak terpakai di ruang bawah tanah tersebut termasuklah seekor anjing yang bernyawa


Penyelamat bergegas ke rumah tersebut untuk menyelamatkan nyawa haiwan itu


Haiwan yang penuh semangat kegembiraan diberi nama ‘Jumping Bean’


“Dia hampir tercekik kerana kerana teruja kegembiraan melihat kami” Kata seorang pegawai penyelamat itu

Lihat video di bawah bagaimana anjing Pit Bull itu diselamatkan dengan penuh menyayat hati


Sumber: ERA BARU


from Sehinggit Media https://ift.tt/2GihohF
via Merah Hati Cintaku