Thursday, 29 March 2018

Bakal Masuk Islam! Ini 5 Perkara Menarik Tentang Julie Anne, Kekasih Fadlan Hazim Yang Ramai Tak Tahu


PELAKON Fadlan Hazim, 26, mendedahkan teman wanitanya yang berbangsa Cina, Julie Anne Kang bakal bergelar mualaf dalam masa terdekat.

Fadlan bagaimanapun belum dapat berkongsi tarikh rasmi terbabit tetapi kekasihnya yang juga seorang pereka kasut itu giat menimba ilmu berkaitan agama Islam.


“Insya-Allah dia bakal bergelar mualaf tidak lama lagi. Buat masa sekarang dia seronok mendalami agama Islam.

Saya pun sebenarnya tidak mahu dia bertukar agama disebabkan hanya kerana kami mahu berkahwin. Biarlah, hatinya terbuka untuk menerimanya seikhlas hati.

“Sekarang pun, saya turut menemaninya untuk mengikuti kelas bagi mempelajari lebih banyak mengenai Islam. Saya juga sedar bahawa diri ini banyak kelemahan. Namun mana yang saya boleh bantu, saya akan bantu,” katanya.

Menurut Fadlan, dia yang mengenali wanita terbabit sejak zaman persekolahan mengakui beruntung kerana hubungan mereka mendapat restu keluarga kedua-dua pihak.


“Dalam keluarga kami pun memang ada yang berkahwin campur. Jadi, perkara itu tidak menjadi masalah.

Cumanya, mungkin ada individu yang cuba mempertikaikan hubungan kerana kami perbezaan bangsa. Pada saya perkara itu tidak perlu timbul kerana kita semua adalah bangsa Malaysia.

“Mereka yang pertikaikan bangsa ini pada saya bukanlah seorang rakyat Malaysia yang sejati. Lagipun kita hidup berbilang kaum di sini,” katanya yang merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya tahun depan.

Umum tahu wanita cantik dan seksi bernama Julie Ann Kang merupakan bakal isteri pelakon kacak Fadlan Hazim.

Julie merupakan pereka kasut yang makin dikenali dalam dunia fesyen. Biarpun berbeza agama, bangsa dan budaya, hubungan cinta mereka bukan lagi rahsia.


Jika pasangan berbeza bangsa dan agama sering berdepan cabaran, mereka berdua sangat bertuah kerana cinta mereka direstui keluarga.

Memang tidak dinafikan Julie memiliki kejelitaan yang luar biasa dan mereka berdua ibarat pinang dibelah dua.

Sering memuatnaik gambar yang menawan dan bergaya di Instagram miliknya, Julie juga tampil seksi dalam beberapa acara yang dihadirinya.

Lihat beberapa gambar Julie yang seksi dan jelita yang berjaya memikat hati Fadhlan.

Bakal Bergelar Mualaf

Fadhlan mendedahkan teman wanitanya ini bakal bergelar mualaf dalam masa terdekat tetapi belum dapat berkongsi tarikh rasmi terbabit tetapi kekasihnya itu giat menimba ilmu berkaitan agama Islam.

Kenal Sejak Zaman Sekolah

Menurut Fadlan, dia yang mengenali wanita ini sejak zaman persekolahan mengakui beruntung kerana hubungan mereka mendapat restu keluarga kedua-dua pihak.

Menerusi Instagram Fadlan dan Julie pula, masing-masing terbuka berkongsi gambar kemesraan mereka bersama.

Percintaan Sudah Lama

Hubungan kisah cinta pasangan ini sebenarnya sudah lama dihidu sehingga timbul dakwaan mengatakan kononnya mereka sudah mendirikan rumah tangga bersama wanita tersebut.

Semakin Terbuka


Fadlan juga kini dilihat sudah semakin terbuka untuk berkongsi perihal hubungan cintanya dengan wanita berkenaan apabila acap kali memuat naik foto dirinya bersama wanita itu di Instagram. 


Sumber: Soyalemon


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Gi9CUF
via Merah Hati Cintaku