Sunday, 25 March 2018

Natasha Menganggur Kerana Padah Video Menari Bersama Fathia


PETALING JAYA: Gara-gara video seksi di aplikasi Bigo Live bersama Fathia Latiff, pelakon baharu Natasha Elyzza mengakui dia kini menganggur lebih enam bulan.

Natasha, 24, berkata, namanya sering kali digugurkan oleh pihak produksi selepas ditolak oleh beberapa stesen televisyen.

"Saya sudah lebih enam bulan tiada kerja dan tidak buat apa-apa, saya ada dapat tawaran berlakon daripada beberapa produksi tapi nama saya digugurkan.

"Mereka beri alasan nama saya tidak lepas ke stesen televsyen, ia mungkin disababkan kontroversi tersebut," ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu bersama aktres terkenal Fathia Latiff menjadi perhatian apabila video Bigo Live mereka tersebar di internet pada September tahun lalu.


Natasha Elyzza berlakon filem Kimchi Untuk Awak.

Fathia Latiff mengaku dia adalah wanita yang berpakaian seksi dan menari bersama pelakon Natasha Elyzza dalam video Bigo Live yang menjadi bualan hangat di laman sosial.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 31, turut memohon maaf dengan sengaja menunjukkan contoh yang tidak baik menerusi laman sosial berkenaan.

Sementara itu, Natasha berkata, dia sudah menyesal dan menerima pengajaran terhadap perkara yang berlaku.

Dia berharap, diberi peluang kedua untuk kembali berlakon dalam drama-drama tempatan.

"Saya rindu sangat nak berlakon kembali, bukan saya tidak boleh kerja lain tapi minat saya kepada bidang lakonan sangat kuat.

"Saya benar-benar berharap pihak produksi dan stesen televisyen memberi peluang kepada saya untuk kembali seperti dahulu," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang hubungannya dengan Fathia, Natasha berkata, mereka rengang selepas kontroversi berkenaan.

"Kami tak bergaduh, cuma masing-masing buat hal sendiri lepas perkara itu menjadi kontroversi. Saya faham dia pun melalui fasa yang sukar selepas perkara itu berlaku," ujarnya.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Groa3W
via Merah Hati Cintaku