28 Mac - Semalam Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi secara rasmi mengumumkan tidak lagi bersama persatuan itu.
Tindakan itu diambil selepas beliau mendakwa terima pelbagai kecaman dan fitnah yang tidak boleh diterima dan memilih untuk meluangkan masa bersama keluarga yang selama ini banyak kali ditinggalkan demi berjuang membantu pengguna-pengguna Islam.
Sebentar tadi, Dato' Boy Iman juga telah memuatnaik status di laman rasmi Facebooknya yang didakwa berkait dengan perletakkan jawatan Yusuf Azmi. Menurut Boy Iman, doa orang yang teraniaya pasti Allah makbulkan dan dia juga berkata, "cukup-cukuplah jadi penunggang agama dan cukup-cukuplah gila publisiti."
Salam subuh & Selamat pagi! Doa orang teraniaya pasti Allah makbulkan, Yang batil bersifat sementara, Yang hak, yang benar pasti akan menjelma. Kau aniaya aku, kau fitnah aku, kau buat aku dan sekarang kau mendapat pembalasannya.
Orang kau sendiri yg buat kau, Bukan org luar. Kau bukak aib orang, Allah bukak aib kau. Cukup2 lah munafik, Cukup2 lah menjadi penunggang agama, Cukup2 lah gila publisiti, Cukup2 lah gila duit.
Perjuangan kau bukan lilahitaala. Semoga ia menjadi pengajaran bagi kau dan bg semua.
Jangan taksub dengan manusia kerana manusia itu bersifat lemah dan tidak sesempurna mana. Biar nampak "kotor" di luar tetapi "bersih" di dalam. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Salam perkenalan dari saya, Nama saya dbi.
Sumber: Siakapkeli
from Sehinggit Media https://ift.tt/2uxwvOI
via Merah Hati Cintaku