BUKAN mudah rupa-rupanya hendak menawan hati Zizi Kirana kerana bekas vokalis kumpulan The Fabulous Cat itu menyenaraikan 14 kriteria perlu dipenuhi oleh mana-mana lelaki yang berhajat memikatnya.
Zizi atau Nur Fazelah @ Zizi Mohd. Tahil, 32, menerusi InstaStory memuat naik senarai tersebut antaranya bakal suami mestilah mempunyai pendapatan minimum RM5,000 selain bebas daripada bebanan hutang.
Dalam senarai sama, Zizi juga mencari calon yang lancar membaca Al-Quran selain bukan kaki mabuk dan sosial serta tidak mengamalkan pergaulan bebas.
14 Kriteria Zizi dalam mencari calon suami.
Dari segi rupa paras pula, Zizi tidak meletakkan syarat seorang lelaki itu perlu berwajah kacak namun baginya cukup sekadar sedap mata memandang dan sanggup berbuat apa sahaja deminya dan keluarga.
Malah dia berharap dipertemukan dengan seorang lelaki yang beradab dan bukannya biadap, tidak mudah mengungkit selain tidak bersikap kedekut.
Antara kriteria lain yang ditetapkan oleh Zizi, dia mencari bakal suami yang pandai mengambil gambar agar mudah menangkap fotonya nanti.
Antara mesej peribadi yang diterima Zizi.
Sementara itu, kriteria terakhir Zizi menjadi perhatian pengikutnya apabila dia mewajibkan calon suaminya itu mestilah penyokong kelab bola sepak Arsenal.
Zizi turut berkongsi mesej peribadi yang dihantar oleh beberapa lelaki yang ada di antara mereka membatalkan hasrat untuk mencuba nasib kerana tidak sanggup memenuhi syarat terakhir itu.
Namun masih ada yang sanggup berpaling tadah demi Zizi namun penyanyi itu menolak kerana ia menunjukkan sikap tidak setia.
Zizi membalas mesej peribadi yang dihantar kepadanya.
Ada juga pengikut yang menghantar mesej memberitahu dia adalah calon layak memenuhi semua kriteria disenaraikan Zizi namun sudah pun berkahwin.
"Alhamdulillah, jagalah sebaik-baiknya keluarga mu," balas Zizi.
Sumber: Mstar Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/2HZWmAK
via Merah Hati Cintaku