Sunday, 25 March 2018

Inilah Nama Sebenar Anak Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Khalid.


KUALA LUMPUR: Siti Aafiyah Khalid.

Itulah nama cahaya mata sulung penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Dalam ucapannya, Siti memaklumkan, perkataan 'Aafiyah' di dalam Bahasa Arab bermaksud "segala yang baik-baik." 

Majlis pengumuman diadakan sempena tujuh hari usia bayi yang mula dipanggil dengan nama Fatimah Az-Zahra itu di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, malam ini.


Majlis tahnik bayi sulung Siti Nurhaliza.

Pengumuman nama bayi sulung itu disempurnakan oleh Khalid dan Siti sendiri.

Pada majlis Maulid Nabi, Akikah dan Tahnik itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menyampaikan tazkirah sejurus selepas upacara Marhaban, Tahnik dan cukur jambul selamat disempurnakan.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2pEpl5j
via Merah Hati Cintaku