Inilah yang dialami oleh seorang wanita yang berasal dari Jepun ini. Bukannya dia berasa bahagia disebabkan hamil, tetapi perkara yang lebih dahsyat terjadi sehingga membuatnya terkejut.
Bagaimana tidak, dia kelihatannya seperti hamil. Tetapi apa yang terjadi setelah doktor mengeluarkan isi perutnya. Bukannya bayi, tetapi doktor menemui makhluk seram ini.
Dilaporkan oleh misterikisah.com, doktor menemui cacing pita raksasa dari dalam perutnya. Yukiko Kunitake (38) sangat terkejut setelah doktor dari Hospital Pusat Kyushu mengeluarkan cacing pita sepanjang 7.7 meter dari dalam perutnya.
“Saya sangka itu adalah tali pusat bayi saya, tetapi ketika mereka menariknya, tidak ada yang keluar, ucap Yukiko sambil menangis seperti dilaporkan oleh Misterikisah.com dari worldnewsdailyreport.com.
Wanita yang memiliki berat badan 214 kilogram ini tidak tahu terdapat cacing pita yang telah ada selama 16 tahun di dalam perutnya.
“Suami dan keluarga saya mengatakan saya terlalu gemuk. Mereka bertanya adakah saya hamil atau tidak,” ceritanya.
Namun suami Yukiko menyangkakan isterinya betul-berul hamil kerana emosi hatinya selalu tidak menentu. Kononnya begitulah perasaan bakal ibu.
“Isteri saya seperti orang yang hamil. Moodnya selalu tidak menentu. Kadang-kadang die murung atau menangis tanpa sebab. Dia juga selalu rasa lelah dan selalu lapar. Saya yakin 100% yang dia hamil,” kata suami Yukiko.
Tetapi peliknya, isterinya masih mengalami ‘period’. Menurut doktor Arai Hashimoto, kemungkinan besar cacing tersebut berasal dari daging babi mentah di bar sushi, tempat Yukiko bekerja selama ini.
“Pesakit mengatakan kepada saya, mereka akan mencampurkan daging babi mentah ke dalam sushi ketika waktu itu harga tuna terlalu mahal” jelas doktor Arai.
Dijelaskannya, jangkitan cacing pita adalah jangkitan saluran pencernaan oleh spesies cacing parasit. Biasanya terjadi jika tertelan ketika memakab daging mentah. Pada waktu ini, Yukiko telah mendapat vaksin untuk merawatnya agar dapat mematikan kesemua cacing dan telur cacing dari dalam perutnya.
Sangat mengerikan dengan apa yang terjadi…
from Sehinggit Media http://ift.tt/2GFzUxf
via Merah Hati Cintaku