Friday, 2 March 2018

“Saya Akan Besar Anak Dengan Kemewahan, Kerana Saya Dari Keluarga Berada” – Dazrin


PELAKON Dazrin Kamarudin mengambil pendekatan untuk memberikan kemewahan kepada bayi sulungnya yang dijangka lahir pada 18 April depan.

Namun Dazrin, 30, berkata dia akan mendidik anaknya untuk belajar bagaimana mendapatkan sesuatu dengan usaha sendiri dan perlu mendengar kata.

“Tidak dinafikan saya memang akan berikan kemewahan dan manjakan bayi pertama yang bakal lahir tidak lama lagi.

“Rasanya tidak salah kalau saya nak manjakan bayi sehingga usianya setahun atau dua tahun. Saya dibesarkan oleh keluarga yang berada.


“Ibu bapa saya mendidik kalau nak dapatkan sesuatu kena berusaha dan kena mendengar kata mereka. Saya akan gunakan teknik yang sama pada anak saya,” kata Dazrin.

Kandungan isteri Dazrin, Nur Fazulin Razali kini sudah memasuki 32 minggu dan mereka memilih hospital Andorra Wanita dan Kanak-kanak, Seri Kembangan untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama itu nanti.

Dijangka mereka akan menimang anak lelaki.

Menurut Dazrin lagi, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak mereka dan begitu juga dengannya.

“Saya pasti setiap ibu bapa mesti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Macam itu juga saya nak jadi seorang yang bapa yang terbaik.

“Ini pula anak pertama dan saya tak pernah ada pengalaman. Tapi Insya-Allah saya akan gunakan didikan yang sama seperti ibu dan bapa saya,”ujarnya.

Dalam pada itu, Dazrin akui rezeki dalam bidang lakonan dan perniagaannya tidak pernah putus semenjak berkahwin dan bakal bergelar seorang bapa.

Dazrin baru sahaja menandatangangi kontrak bersama Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Kelantan sebagai penceramah.

“Alhamdulillah, inilah orang kata rezeki kahwin dan anak. Saya baru sahaja menandatangani kontrak dengan Mara di kelantan sebagai penceramah.

“Insya-Allah saya akan berkongsi kepada pelajar mengenai karier selepas tamat belajar. Berbalik kepada perniagaan pula, saya kini bergiat aktif dengan program terbaru Viral Niaga.

“Program tersebut bagi membantu dan memudahkan perniaga dalam talian,”katanya.

Dalam bidang pendidikan, Dazrin memiliki ijazah sarjana muda, pengajian antarabangsa dan media dari sebuah universiti di Amerika Syarikat dan pernah menjadi penceramah untuk penuntut universiti pada tahun 2011.


from Sehinggit Media http://ift.tt/2HWvfY4
via Merah Hati Cintaku