Monday, 19 March 2018

Inilah Gambaran Dalaman Rumah Mewah Aliff Syukri Yang Terkini Buat Ramai Mata Orang Terbeliak Mata


Sebut sahaja rumah Ds Aliff Syukri,mesti ramai yang terbayang rumah mewah sekarang yang menunggu masa untuk siap sepenuhnya dari segi hiasan.Kata Aliff Syukri rumah itu dalam proses untuk disiapkan bahagian hiasan dalaman sama ada untuk bilik tetamu dan beberapa ruang lain.Jom min share satu per satu antara rekaan dalaman rumah ini yang sangat memukau.

Masuk sahaja ke pintu utama,korang boleh tengok lambang AS nie yang tersergam di atas. AS nie bukan Amerika Syarikat tau,tapi Aliff Syukri.


Kemudian dalam laluan utama dalam rumah, sekali lagi korang akan jumpa lambang AS yang bewarna emas macam ini. Yang nampak berkilat dekat tengah tu ialah 100% swarovski asli.


Ini pula deko untuk laluan ke bilik tetamu utama.Tetamu memang kena mengadap potret Aliff Syukri dan isteri dulu sebelum dapat masuk bilik.


Ini pula design bilik salah satu bilik tetamu.Nampak cantik kan?


Yang ini juga antara laluan yang ada dalam rumah mewah Aliff Syukri.Warna Emas semua dari dinding ke syiling.


Ini pun salah satu bilik yang ada tetapi bukan bilik utama tau. Itu pun dah sangat lawa.


Ini adalah salah satu toilet di rumah mewah Aliff Syukri ilham dari luar negara punya tempat.Tak tahulah kenapa patung besar DS Aliff guna pakai untuk konsep rumah mewah walaupun di tegur patung tak boleh letak dalam rumah hatta dalam tandas. Hmm…


Ini pula laluan ke tandas utama. Memang wow habis dengan warna emas sana sini.Sudah macam istana ala-ala Diraja Brunei pula ya.


Ini pula laluan ke dewan makan.Sangat besar dan macam tempat makan Diraja.Kata Aliff Syukri dari kecik dia berangan nak jadi anak raja.Mungkin sebab tu kalau korang perasan banyak design rumah ini ala-ala istana Diraja sambil menggunakan konsep dari Italy.


Dekorasi taman rumah mewah Aliff Syukri adalah inspirasi dari tema ini.Pokok kurma di rumahnya pun sudah di tanam baru-baru ini.


Ini contoh lakaran bilik anak perempuan Ds Aliff,Qhadijah.Mungkin tidak siap sepenuhnya makanya dia share yang ini dulu.


Lampu ini kata Aliff Syukri di celup dengan emas tulen.Tak tahulah berapa nilainya mesti mahal.


Perabot pula di ukir dengan hiasan seperti ini.


Lampu mewah ini adalah custom made di import dari luar negara. Harga dia tak payah cakap,korang boleh kereta sebiji.


Shopping dekat Da Vinci memang menjadi pilihan Aliff Syukri untuk rumah mewahnya ini. Ini salah satu tag harga barang yang di beli. Ada lagi yang lagi mahal,katanya cecah ratus-ratus ribu. Memang wow dan mewah habislah rumah baru Aliff Syukri kali ini.Tak sabar nak tengok semua sekali dalam program TVnya nanti.

Menurut korang adakah ianya pembaziran atau satu kepuasan diri?


Sumber: Kisahdunia.com


from Sehinggit Media http://ift.tt/2GJBKgF
via Merah Hati Cintaku