Nurshazwany Hasrita Hasbullah atau nama pentasnya yang lebih dikenali sebagai Wany Hasrita merupakan seorang penyanyi baru yang mula bertapak dalam industri muzik tempatan. Penampilan Wany Hasrita yang dilihat sopan menjadi salah satu identiti dirinya yang membuatkan peminat sangat sayang akan penyanyi Menahan Rindu ini.
Terbaru, peminat meminta Wany Hasrita untuk melabuhkan kembali tudung yang dipakainya seperti dulu dalam satu status yang baru dimuatnaik.
‘Dahulukan syariat sebelum fesyen..’
Rata-rata peminat Wany menegur tudung yang dipakai olehnya dalam gambar tersebut kerana dilihat tidak seperti yang biasa dipakai oleh penyanyi tersebut. Peminatnya juga meminta agar Wany dapat mengekalkan imej sebagai wanita muslimah.
‘Nanti kita beli tudung lain..’
Ada juga yang memberikan kata-kata sarcasm untuk ditujukan kepada paras tudung Wany yang semakin singkat.
‘Wany memang labuhkan tudung dia waktu hari-hari biasa..’
Bagaimanapun, segelintir peminat tetap mempertahankan Wany Hasrita dan meminta netizen untuk tidak menghina sesama islam dan berfikiran terbuka. Apa-apa pun admin doakan yang terbaik buat Wany Hasrita dan kerjayanya.
Sumber: OHBULAN.COM
from Sehinggit Media http://ift.tt/2HQ1Uxw
via Merah Hati Cintaku