Tuesday, 20 March 2018

“Ang Tengoklah Isteri Ang Ni Gagah Dak Sanding Sorang-Sorang…” - Isteri Sanggup Sanding Sendirian Kerana Mu Abang Bomba...


Antara hari yang paling membahagiakan bagi setiap pasangan mestilah apabila diraikan sebagai raja sehari. Pada hari tersebut, pengantin dipakaikan busana cantik dan dilayan bak raja. Kami percaya itu adalah momen yang paling ditunggu-tunggu.

Namun, bagi wanita ini dia terpaksa bersanding seorang diri kerana suami tidak mendapat pengecualian daripada latihan bomba. Dapat tahu last minute pula tu! Walaubagaimanapun majlis tetap berjalan lancar dan meriah dengan sokongan keluarga yang lain.

Paling sedih


Tweet yang dikongsi seorang individu di Twitter ini mendapat 4.3k retweet dan 2.1k likes. Di ruangan balas ramai yang turut bersedih melihat wanita tersebut tetap tabah melayani tetamu dan saudara mara.

Meskipun tanpa kehadiran pengantin lelaki majlis bertandang tetap berjalan lancar dan meriah.



Tabahnya pengantin


masa ceq masuk jaa balai, time ni semua tetamu pandang ceq yunk.. semua tertanya-tanya kenapa ceq seorang? mana ang pi?!

sampai laa emcee tu habaq, ang sedang berkhidmat untuk negara.. sebagai anggota bomba, di #akademibombawakaftapai terengganu.. kerana pelepasan ang dibekukan pada last minit.. ceq pun tatau dah apa yang ceq rasa time tu..

lepas tu ceq tengok muka abah dan ummi, depa senyum kat ceq.. ceq kuatkan semangat tuk berjalan kat depan orang ramai sampai laa ke meja beradap..

percayalaa yunk, ceq terasa ang ada bersama disisi. terima kasih kerana semua ni kita sama-sama belajar untuk cekalkan hati masing-masing!

#memoriesinourlife #bsjourney




Sumber : shafinasofians , badriyahamir via OHBULAN


from Sehinggit Media http://ift.tt/2ppCCzy
via Merah Hati Cintaku