Sunday, 1 March 2020

Sebelum Tidur Ambil Air Suam Dan Secubit Garam, Elak Gangguan Makhluk Halus


Pernah anda bermimpi Pasangan anda berkahwin lain??

Mimpi pasangan ada perempuan/Lelaki lain..Mimpi Bersetubuh dengan Lelaki/Perempuan lain…???
Mimpi Binatang berbisa,mimpi Jatuh Tempat tinggi,Mimpi Tempat Kotor,Mimpi Budak kecil,bermain dengan budak dan menyusukan budak,Mimpi Sesat dalam Hutan,Mimpi Terbang,Mimpi Rumah Usang Lama,Mimpi Nenek Tua,Mimpi Orang beri barang,Mimpi Kena kejar ada orang nak bunuh,Mimpi Mati dikapankan,Mimpi bersalin dan banyak lagi ..Asal seseorang itu kerap bermimpi tanpa mereka sedar diri mereka mengalami gangguan makhluk halus..

Itulah yang kerap saya jumpa pada pasangan yang datang ikhtiar hamil dengan saya..Kebanyakan mereka yang kerap mimpi seperti di atas bila di Ruqyah mereka mengalami gangguan makhluk halus…

Bila terkena gangguan hubungan suami isteri benda kecil boleh gaduh besar, Tiada Nafsu pada pasangan,Bernafsu pada pasangan ketika isteri datang haid..C isteri juga bernafsu pada suami bila datang haid..Ketika isteri waktu subur kerap demam sakit,Suami pula bila sedang bersama menjadi layu di tengah jalan,Si isteri jadi panas bila dekat dengan suami,bila nak bersama ada bau di kemaluan,badan kerap bisa,kerap lenguh belakang bahu dan belikat,kerap kembung perut dan sedawa angin,kerap sakit kepala dan rambut banyak gugur,kerap nak muntah ,kerap berdebar resah gelisah tanpa sebab,sukar tidur malam gelisah,kerap fikir nak mati,kerap cepat terasa sentap …


Bila berlaku semua seperti di atas kehidupan kita seharian akan terganggu..Di tempat kerja ada je masalah,bila berniaga jadi tiada mood tiada semangat,rezeki pula jadi sempit,serabut sentiasa…Bila lambat di ubati sakit begini akan akibatkan kehidupan kita seharian akan musnah…Bila saya bercerita tentang di atas…Bila dah baca apa yang saya tulis di atas pada mereka yang sukar nak percaya akan berfikiran begini…👇👇👇

Mengarut la…Tipu la…Kebetulan je kot…Ye ke

Mana Tahu ni??Boleh percaya ke??Apa buktinya??Mimpi mengarut la mainan tidur je…Dengar boleh percaya jangan mana ada makhluk halus zaman sekarang…dan macam2 lagi andain…

Saya tak suruh pun percaya semua apa yang saya cakap di atas,tapi apa yang saya tulis di atas adalah saya kumpul maklumat dari pesakit saya rawat sendiri..Info tersebut kebanyakan seperti di atas jika anda mengalaminya bermakna diri anda ada gangguan dalam badan…Jika anda rasa diri anda banyak tanda di atas nasihat saya pergilah rawatan islam berhampiran ya..

Ramai pesakit saya yamg ikhtiar hamil dengan saya mengalami gangguan..Saya kerap di tanya soalan macam mana boleh mudah terkena gangguan makhluk halus Ust??

jawapan saya…”Orang yang kerap terkena gangguan makhluk halus kebanyakannya semangat mereka lemah,banyak yang takut,mudah berfikir Negatif,tidak boleh kawal Nafsu Marah,Sentiasa cepat bersangka buruk pada orang,Tidak yakin pada kemampuan diri..Bila semua ini ada pada diri mudah la kena gangguan makhluk halus…

Saya juga kerap di tanya juga bagaimana nak elakkan gangguan makhluk halus??

Jawapan nya mudah:

Apa yang saya buat Jaga Solat 5waktu,Tanamkan dalam diri sentiasa Positif,Perbanyakkan baca Surah Al ikhlas dalam seharian,Sentiasa Tanamkan dalam hati Allah sentiasa bersama kita,Sentiasa Tersenyum walaupun di uji berbagai dugaan,Sentiasa gembira bila di sisi orang tersayang,Gembirakan hati pasangan dan anak2 kita,Buat apa yang kita suka ,Gembirakan Hati Ibu Dan Ayah,Sentiasa Gembira sesiapa pun berada di sisi kita.Jangan sombong bongkak bangga diri apa yang kita ada..Itulah yang saya lakukan …Hidup hanya sekali sahaja…Pastikan apa yang kita buat ada matlamat apa yang kita nak capai…Perbanyakkan sedekah dalam apa cara sekalipun terutama sedekahlah pada anak Yatim..Jangan Kedekut pada isteri,pada anak2,pada kedua ibu ayah kita,sanak saudara kita…Kerana doa mereka semua inilah yang membuatkan kita jadi kuat,jadi ceria gembira jadi bahagia…Apa yang penting buat dengan ikhlas,Ikhlas kan diri kerana Allah ..Percayalah jika anda buat semua ini..Anda semua akan lebih bersemangat,rezeki anda akan bertambah murah…Bila gembira makhluk halus pun tiada ruang seinci pun nak masuk dalam tubuh kita…


Itulah cara saya untuk hindarkan gangguan makhluk halus..Lagi satu cara saya ,Sebelum tidur saya akan ambil Air suam segelas…Kemudian Ambil garam secubit letakkan dalam minuman…Selepas itu baca :

Al Fatihah 3x
Al ikhlas. 3x
Bismillah Lima 3x
dan selawat 3x…

selesai baca minum air tersebut…Buatlah dengan Yakin inshaaAllah izin Allah pasti di lindungi Allah dari sebarang gangguan makhluk halus..Sekiranya selepas minum anda rasa loya,rasa nak muntah,sedawa2 kembung perut badan menggeletar rasa resah gelisah bedebar2,Nasihat saya dapatkanlah rawatan islam berhampiran ya…

Apa pun saya doakan pada semua yang membaca apa yang saya tulis ini agar di beri kesihatan yang baik,di murahkan rezeki,di beri keluarga yang bahagia,di beri anak yang soleh dan solehah,di panjangkan umur dan di permudahkan segala urusan dunia dan akhirat Aamiin Ya Allah….

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin


from Sehinggit Media https://ift.tt/39oFmlT
via Merah Hati Cintaku