Friday 27 March 2020

Enggan Patah Balik Lepas Disekat, Lelaki Cabar Polis Untuk Bertumbuk


LELAKI berusia 37 tahun menjadi individu pertama ditahan di Kuala Pilah, kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kejadian berlaku di satu sekatan jalan raya di Jalan Kuala Pilah- Batu Kikir, berhadapan Klinik Kesihatan Juasseh, petang semalam.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, lelaki itu ditahan pada 3.40 petang selepas enggan memberi kerjasama untuk berpatah balik.

“Suspek dipercayai dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menghala ke Gebeng Kuantan, Pahang bagaimana pun gagal mengemukakan surat kebenaran pergerakan daripada pihak polis.


“Suspek juga bertindak memaki hamun dan mencabar anggota polis bertugas untuk bertumbuk,” katanya ketika dihubungi.

Amran berkata, permohonan reman terhadapnya akan dibuat di Mahkamah Seremban, pagi ini.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan),” katanya.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/2QQo7lQ
via Merah Hati Cintaku