Sunday, 29 March 2020

68 Pesakit Covid-19 Telah Sembuh Dan Discaj Hospital Hari Ini


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media sebentar tadi memaklumkan seramai 68 pesakit COVID-19 telah sembuh dan discaj hari ini.

Jumlah berkenaan merupakan jumlah pesakit sembuh paling tinggi setakat ini. Ia menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sudah pulih adalah seramai 388.

Tahniah diucapkan kepada semua petugas perubatan KKM yang berusaha merawat mereka sehingga sembuh.

Semoga jasa bakti anda akan dibalas dengan kebaikan berganda oleh Allah SWT.

Terima kasih KKM!



from Sehinggit Media https://ift.tt/2QUIlLw
via Merah Hati Cintaku