Saturday 28 March 2020

Kematian Akibat COVID-19 Di AS Sudah Melebihi Angka Korban Taufan Katrina


WASHINGTON: Angka kematian akibat wabak COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) kini sudah mencecah sehingga 1,842 pada Sabtu, jam 1 petang waktu tempatan.

Ini sekali gus menjadi ujian besar bagi negara itu selepas jumlah tersebut ternyata melebihi kematian akibat Taufan Katrina, iaitu antara bencana alam yang paling diingati dalam sejarah negara itu.

Taufan Katrina yang melanda New Orleans di Louisiana pada 29 Ogos 2005 adalah taufan paling dahsyat di AS menyebabkan sekitar 1,830 orang terkorban manakala ribuan bangunan musnah.

Di Amerika Syarikat, sekurang-kurangnya 111,115 kes positif COVID-19 disahkan, lapor portal berita CNN.


Kesemua jumlah kes itu termasuk daripada 50 negeri, daerah Columbia dan beberapa lagi wilayah AS yang lain.

Di bandar besar New York sahaja, seramai 52,318 orang dilaporkan sudah dijangkiti pandemik berkenaan.

Ia sekali gus memberi kebimbangan kepada Presiden Donald Trump yang kini membuat pertimbangan bagi mengenakan 'kuarantin jangka pendek, dua minggu' bagi bandar New York, New Jersey dan beberapa bahagian di Connecticut.

Sumber: Astro Awani



from Sehinggit Media https://ift.tt/2WRA132
via Merah Hati Cintaku