Sejak minggu lalu hangat diperkatakan apabila ada beberapa artis menyuarakan pendapat mereka bahawa golongan penggiat seni juga perlu mendapat bantuan khusus daripada kerajaan kerana ‘periuk nasi’ mereka terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Susulan itu, baru-baru ini Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) telah menyenaraikan beberapa bantuan secara ‘one off’ yang ingin diminta daripada pihak kerajaan buat penggiat seni.
Menerusi cadangan itu, Seniman meminta pelbagai dana khas dan bantuan bernilai sehingga RM3,000. Malah, bagi penggiat seni yang tiada KWSP dicadangkan untuk mendapat RM1000 sebulan untuk tempoh 6 bulan.
Perkara itu ternyata mengejutkan netizen yang menyifatkan permintaan itu sangat tidak masuk akal. Malah ada yang mengatakan bantuan yang diminta seperti melebih-lebih mengalahkan mereka yang bertugas di barisan hadapan.
Kata netizen lagi, apa pengorbanan dilakukan para artis sehingga perlu meminta bermacam dana khas, sedangkan pegawai perubatan yang kini bertungkus lumus serta pertaruhkan nyawa untuk COVID-19 tiada langsung meminta apa-apa.
Tidak kurang juga ada yang membandingkan artis Malaysia dengan artis luar negara yang tidak langsung meminta sebaliknya memberikan bantuan buat rakyat mereka yang lebih memerlukan.
Sumber: Rotikaya
from Sehinggit Media https://ift.tt/3bAtmOD
via Merah Hati Cintaku