Saturday, 28 March 2020

Lid… Bila Rumah Terbakar, Bomba Nak Kena Mesyuarat Dulu Ke? - Annuar Musa


KUALA LUMPUR – Kenyataan tidak puas hati beberapa pemimpin pembangkang yang mempersoalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion  dibidas Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, perkara itu perlu dilakukan di saat genting ketika negara sedang dilanda musibah.

“Parah Lid..dah kursus 22 bulan, basic pun Lid belum faham…bila rumah terbakar,adakah pasukan bomba patut bermesyuarat dulu atas nama demokrasi Lid??” soalnya di Twitter.

Ahli Parlimen Ketereh itu mengulas mengenai ciapan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad yang berkata segala peruntukan itu perlu dibawa ke pengetahuan Dewan Rakyat terlebih dahulu.


Khalid semalam berkata, langkah itu perlu dibawa ke pengetahuan ahli-ahli Parlimen dan dibahaskan bagi memastikan peruntukan itu digunakan dengan jalan yang baik.

“Demokrasi menuntut supaya pakej kewangan dibahas di Parlimen untuk menentukan keputusan terbaik dicapai.

“Pakej ransangan yang dibentang bernilai berbilion maka perlu dibahas untuk menjamin hasil terbaik bagi negara. Begitu juga soal perlaksanaannya. Mesti telus bukan cara BN,” kata beliau.

Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang antaranya Datuk Seri Anwar, Lim Kit Siang dan Ngar Ko Ming mahu pakej rangsangan ekonomi terbaru berjumlah RM250 bilion untuk memerangi Covid-19 dibawa ke pengetahuan 222 Ahli Parlimen dan dibahaskan di Dewan Rakyat. 



from Sehinggit Media https://ift.tt/3bxWMwN
via Merah Hati Cintaku