Saturday 28 March 2020

614 Orang Manusia Degil Ditahan Kerana Ingkar Arahan Perintah Kawalan Pergerakan


SERAMAI 614 individu yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh pelaksanaan itu.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 482 orang ditahan dalam tempoh dua hari PKP iaitu semalam dan kelmarin.

Beliau berkata, tahap pematuhan PKP menunjukkan peningkatan dengan 97 peratus berbanding 60 peratus sebelum ini.

“Kita percaya dengan tangkapan dan tindakan lebih tegas dilakukan PDRM mengubah peratus pematuhan itu.


“Bagaimanapun, masih ramai lagi tidak patuh arahan. Semalam kita dapati solat Jumaat diadakan di sebuah masjid dan seramai 116 jemaah ditahan polis. Malah, kita difahamkan terdapat lima lagi masjid melakukan perkara sama.

“Begitu juga di kawasan komuniti berpagar yang didapati masih ingkar dan melanggar perintah PKP apabila ada yang berjogging. Mereka juga kita ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri berkenaan pelaksanaan PKP di Kuala Lumpur, hari ini.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 1,046 sekatan jalan raya dilakukan dengan 240,544 kenderaan diperiksa semalam.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/2UogKnZ
via Merah Hati Cintaku