Seorang ibu dihalang daripada duduk di tepi katil bayi perempuannya kerana peraturan kuarantin bagi membendung wabak koronavirus yang boleh membawa maut.
Wanita itu berkata anaknya yang berumur dua bulan tidak menunjukkan sebarang gejala sebelum jatuh sakit. Dia memuatnaik gambar menyayat hati anak perempuannya yang bernafas melalui alat pernafasan di media sosial.
Wanita itu dan pasangannya diminta untuk mengasingkan diri selepas bayi mereka disahkan positif Covid-19.
Tambahnya, bayi perempuannya itu seolah-olah ‘tersekat’ dan kemudian ‘menjerit selama beberapa minit’ sebelum bergelut untuk bernafas dengan betul.
Apabila ahli paramedik tiba di rumahnya di Lexington, Carolina Selatan, tahap oksigennya menurun kepada kadar 58.
“Mereka berkata bahawa bayi kecil kadang-kadang akan menjadi sejuk dan bukannya demam.
“Dia berada di tempat pengudaraan dan sedatif untuk memberi masa bagi paru-parunya berehat.
“Saya tidak mempunyai gejala dan saya akan kuarantinkan diri selama 11 hingga 14 hari,” katanya.
Carolina Selatan mempunyai 342 kes koronavirus yang disahkan. Terdapat 65,701 kes disahkan di seluruh Amerika Syarikat setakat ini, meletakkan ia negara ketiga bagi jangkitan terbanyak di belakang Itali dan China.
Sumber: Mirror Uk via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media https://ift.tt/2UFc9gj
via Merah Hati Cintaku