Friday, 27 March 2020

44 Lagi Pesakit Covid-19 Telah Sembuh & Dibenarkan Pulang Hari Ini


Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, mengumumkan bahawa bilangan kes pesakit Covid-19 yang berjaya disembuhkan di Malaysia terus meningkat kepada 259.

Hari ini 44 kes telah pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital. Jumlah ini adalah yang paling tinggi pernah dicapai dalam satu hari. Satu berita yang sangat baik dan perlu disyukuri!


Terima kasih dan tahniah, barisan hadapan KKM!

Teruskan mengawal dan menjaga keselamatan negara, ATM, PDRM, APM dan RELA.

Dan terima kasih pada rakyat Malaysia yang patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan ini!


Sumber: KKM


from Sehinggit Media https://ift.tt/2UGtci0
via Merah Hati Cintaku