Sunday, 29 March 2020

8 Maut Pesawat Lion Air Pasukan Perubatan Covid-19 Terbakar Dan Meletup Di Filipina


MANILA - Lapan orang muat selepas sebuah pesawat Lion Air terbakar dan meletup di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) pada jam 8 malam Ahad waktu tempatan.

Pesawat RPC 5880 yang mahu berlepas ke Jepun itu membawa lapan penumpang yang terdiri daripada anggota perubatan, jururawat, doktor, tiga anak kapal, seorang pesakit warga Kanada dan teman pesakit warga Amerika.


Difahamkan menurut laporan awal, pesawat itu digunakan sebagai ambulans udara oleh Jabatan Kesihatan Filipina, dan sebagai aset penting dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan negara itu kemudian mengeluarkan kenyataan yang antara lain menafikan pesawat itu digunakan untuk membawa bekalan perubatan ke lokasi penularan wabak Covid-19 di Filipina. - Agensi


Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/2UtqcGN
via Merah Hati Cintaku