Thursday, 26 March 2020

Solat Hajat Serentak Seluruh Negara Di Rumah Sendiri Lepas Zohor Hari Ini - Dr. Zulkifli


Solat hajat serentak akan dilaksanakan di seluruh negara pada hari ini (Jumaat) selepas zohor di rumah dan tempat masing-masing berikutan situasi terkini yang melanda negara.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan di Twitter sebentar tadi.



Menurut Dr Zulkifli, solat hajat ini diadakan selepas menerima titah dari Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau juga menyeru umat Islam di seluruh negara supaya menyahut titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ini dan memenuhi hari Jumaat anda dengan zikrullah.



Sumber: Twitter @drzul_albakri

from Sehinggit Media https://ift.tt/2UFMFiQ
via Merah Hati Cintaku