Thursday, 26 March 2020

Tangan Melecur Kena Minyak Panas, Fattah Amin Larang Fazura Masak


Semalam, menerusi Insta story Fattah Amin berkongsikan foto pegelangan tangan isterinya, Nur Fazura yang melecur akibat terkena percikan minyak panas. Fazura memberitahu insiden itu terjadi ketika dia sedang memasak.

Menurut Fazura secara tiba-tiba minyak panas meletup lalu terkena tangan kanannya. Ujarnya, Fattah mengajaknya ke hospital namun bimbang melihat keadaan sekarang yang agak genting dengan penularan wabak COVID-19.

“Sebelum ini, tidak pernah pula berlaku, tapi benda hendak jadi. Fattah banyak kali mengajak saya ke hospital. Tapi mengenangkan keadaan sekarang dan bimbang hendak ke hospital pada waktu kritikal begini, saya cuba ubati sendiri,” katanya BH Online.


Fazura berkata pada awalnya dia takut melihat ada gelembung pada pergelangan tangan berikutan percikan minyak panas itu. Namun, selepas memecahkan gelembung berkenaan dan menyapu ubat pada bahagian tersebut, ia mula menunjukkan perubahan positif.


“Selepas saya pecahkan gelembung itu dan sapu minyak gamat, Alhamdulillah, nampak kesan luka itu semakin mengering. Terima kasih kepada peminat yang memberi pelbagai petua untuk diamalkan… Saya sangat menghargainya,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura akui masih trauma dengan insiden berkenaan dan akan berehat seketika daripada memasak. Malah, Fattah juga melarangnya untuk memasak.

“Dapur akan ‘ditutup’ buat masa ini. Suami pun tak bagi saya masak dan dia nasihatkan saya berehat sahaja,” katanya.

Sumber: Rotikaya


from Sehinggit Media https://ift.tt/3dvyYeW
via Merah Hati Cintaku