Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi membantu rakyat dalam situasi getir ini. Kerajaan akan mengeluarkan sebanyak RM250 bilion dan antara yang termasuk dalam pakej ini adalah Program Subsidi Upah.
Apa Program Subsidi Upah?
Program untuk membantu majikan mengekalkan pekerja
Dalam keadaan yang sukar ini, saya tidak mahu lihat pekerja dibuang kerja dan hilang pendapatan.”
Kerajaan sediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan. Program ini dikhususkan kepada:
Pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan
Majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020
Ini bermakna, majikan TIDAK DIBENARKAN membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan.
Majikan juga DILARANG memotong gaji pekerja sedia ada dan menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin langkah ini akan memanfaatkan 3.3 juta orang pekerja dengan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion.
Sumber: Lobakmerah.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/3avtxe0
via Merah Hati Cintaku