Friday, 1 May 2020

PM Umum Tiada ‘Balik Kampung’ Untuk Tahun Ini


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan tiada perjalanan rentas negeri untuk pulang beraya di kampung halaman dibenarkan untuk tahun ini.

“Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung sempena cuti perayaan Aidilifitri, maaf tidak dibenarkan,” jelasnya.

Ini sekaligus mengesahkan kegusaran rakyat sebelum ini yang tertanya-tanya sama ada mereka dibenarkan untuk pulang ke kampung bagi menyambut hari raya untuk tahun ini.

Perkara itu diumumkan PM dalam perutusan khas Hari Pekerja yang disiarkan secara langsung di RTM pada pagi ini.

Terdahulu, beliau turut mengumumkan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB bagi membuka semula aktiviti ekonomi di seluruh negara.


“Sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan.

“Kecuali beberapa aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak COVID-19 yang masih tidak dibenarkan.

Perniagaan yang tidak dibenarkan menurutnya itu antaranya adalah panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan semua bentuk persidangan dan pameran.

Untuk sukan pula, aktiviti yang outdoor yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai dibenarkan.

“Jadi, saudara- saudari boleh bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton.

“Jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan,” katanya.

Namun sukan yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan seperti bola sepak, ragbi, renang dan semua acara sukan indoor dan stadium pula tidak dibenarkan.

Sumber: The Vocket


from Sehinggit Media https://ift.tt/2z29LZz
via Merah Hati Cintaku