Thursday 28 May 2020

COVID-19: Hanya 10 Kes Baharu Hari Ini, Paling Rendah Sejak PKP


Malaysia hanya merekodkan 10 kes baharu jangkitan COVID-19 sehingga jam 12 tengah hari Khamis, sekali gus menjadi bilangan kes harian paling rendah setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua kes tersebut melibatkan penularan tempatan dengan lima kes adalah warga asing.

Selain itu, tiada kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Sehingga 28 Mei jam 12 tengah hari, terdapat 10 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,629 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,345 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.


Ingin dimaklumkan bahawa kesemua 10 kes baharu yang dilaporkan adalah penularan tempatan, dengan lima kes adalah bukan warganegara Malaysia. Tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara

Selain itu,  terdapat 86 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 6,169 kes atau 80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian perkembangan penularan wabak COVID-19



from Sehinggit Media https://ift.tt/2XBjFu6
via Merah Hati Cintaku