Saturday, 23 May 2020

“Bukan Nak Tolong…” – Orang Ramai Berpusu-Pusu ‘Rembat’ Bahan Mentah Dari Lori Kemalangan


Baru-baru ini, berlaku satu kemalangan di Kilometer 13, jalan Saratok-Betong, di Saratok, Sarawak pagi tadi, melibatkan dua buah lori yang bertembung.

Sebuah lori membawa muatan bahan binaan, manakala sebuah lagi membawa bahan mentah berupa daging dan makanan laut untuk dihantar ke pasar-pasar.

Bukan datang nak tolong


Namun, apa yang dikesali adalah terdapat sebuah video memaparkan orang ramai yang turut berada di tempat kejadian, berpusu-pusu mahu mendapatkan bahan mentah yang sudah berterabur keluar daripada lori.


Bangga post kat FB hasil curi


Bukannya mahu menolong pemandu dan kelindan lori yang sedang cedera itu, malah mereka terkejar-kejar nak mendapatkan bahan mentah yang terang-terang bukan milik mereka, siap bangga lagi post dekat Facebook hasil curi.

Pemandu dan kelindan tersepit 45 minit

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi tadi, pemandu dan kelindan patah kaki selepas tersepit 45 minit dalam kenderaan yang remuk.

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, Nazry Mohamat berkata, lori membawa bahan binaan itu dipandu lelaki berusia 46 tahun dalam perjalanan dari Sibu ke Betong bersama dua kelindan berusia 32 dan 34 tahun.




Difahamkan, pemandu patah kaki kiri manakala kelindan patah kaki kanan dan dihantar ke Hospital Saratok untuk rawatan lanjut.

Sumber : Harian MetroSarawak State Report & Francis Ngu Hown Hua via https://ohmymedia.cc


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Zu9EkQ
via Merah Hati Cintaku