Wednesday 27 May 2020

Kejam, 11 Ekor Kucing Ditemui Mati Bergelimpangan Didakwa Diracun


Kejam, 11 ekor kucing ditemui mati dalam keadaan bergelimpangan dipercayai dibunuh di sebuah kawasan perumahan di Rawang Selangor. Kesemua bangkai mangsa yang dipercayai mati akibat racun telah ditemui di sebuah apartment.

Persatuan Haiwan Malaysia kini sedang mengesan pelaku dan sebarang maklumat boleh disalurkan ke talian +601120901097.

Kegembiraan menyambut Aidilfitri tercemar apabila 11 ekor kucing ditemui mati bergelimpangan dibunuh kejam akibat diracun di sebuah apartment di Rawang, Selangor. Ia merupakan satu perbuatan amat zalim dan tidak berperikemanusiaan.


Malah pembunuhan kucing beramai-ramai begini walau alasannya kacau ganggu adalah bertentangan dan bersalahan dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan jika pelaku berjaya dijejak. Hukuman boleh ditimpakan kepadanya adalah penjara minimum 1 tahun dan maksimum 3 tahun serta denda minimum RM20,000.00 dan maksimum RM100,000.00.

Dakwaan saksi mengenai kejadian ini amat serius dan Animal Malaysia memohon saksi tampil hubungi Animal Malaysia di Whatsapp +601120901097 segera demi keadilan buat sang kucing malang.

Mohon kerjasama!

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/2zF5Vq1
via Merah Hati Cintaku