Sunday 31 May 2020

Kebenaran Golongan Bujang Untuk Bertemu Keluarga Dipertimbangkan - Ismail Sabri


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi kebenaran kepada golongan bujang pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibu bapa atau keluarga masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Mohd Ismail Sabri Yaakob, memahami perasaan individu bujang yang rindukan keluarga selepas hampir tiga bulan tidak bertemu mereka.

"Saya bersimpati dengan individu bujang. Saya juga pernah bujang dan kalau boleh setiap minggu mahu berjumpa arwah mak dulu.

"Saya faham dan kerajaan sudah mula berbincang mengenai beberapa kelonggaran yang boleh diberikan dalam mesyuarat hampir setiap hari.

"Kepada golongan bujang yang rindukan keluarga, beri kami sedikit masa lagi untuk kita berbincang bilakah mereka boleh dibenarkan melakukan perjalanan. Kita takkan tutup selama-lamanya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2ZSaUOV
via Merah Hati Cintaku