Selepas usaha menyelamat dan mencari giat dijalankan, akhirnya mayat terakhir tiga beradik yang lemas, Khalif Naim Mohd, 16 tahun, berjaya ditemui kira-kira jam 12.40 tengah hari.
Mayat terakhir ditemui
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Buletin TV3, mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Imtiyaz, Kuala Berang dipercayai telah lemas bersama dua abangnya.
Sepupu kongsi maklumat
Sementara itu, dalam satu tweet seorang gadis dengan nama akaun yayashii, yang mengakui merupakan sepupu kepada tiga beradik tersebut, berkongsi maklumat mengenai kejadian lemas tersebut.
Salam korang doakan sepupu aku 3 beradik dijumpai. Dorang lemas kat Sungai Telemong, Tganu dari petang sampai skrg belum jumpa. Doakan weh 😭😭😭 Kesian pakcik Awang mesti tgh risau sangat² skrg 😭😭😭 pic.twitter.com/7rnoGKipZ9— yayashii (@yayayayayaaaaah) May 27, 2020
Mereka bukan pergi mandi Sungai
Dalam satu balasan di tweetnya, gadis itu memberitahu bahawa tiga beradik itu pergi ke sungai berkenaan bukanlah mahu bermandi-manda, sebaliknya mereka pergi untuk menyapu sampah di bawah pokok.
Khalif Naim pergi ke sungai hanya untuk membasuh kaki, malangnya telah terbawa dengan arus deras. Melihat adiknya lemas, dua abangnya terus terjun ke sungai bagi menyelamatkan, tetapi ketiga-tiga mereka hanyut.
Wajah sayu ayah tunggu jenazah anak
Malah, terdapat satu lagi perkongsian di Facebook, memaparkan wajah sayu ayah kepada tiga beradik itu, yang setia menanti anak-anaknya dengan memakai baju Melayu yang dipakai sedondon bersama ketika menyambut Aidilfitri.
Terdahulu, tiga beradik berkenaan telah pergi ke sungai yang tidak jauh daripada kediaman mereka kira-kira pukul 6.30 petang, sebelum dimaklumkan lemas.
Sumber : https://ohmymedia.cc
from Sehinggit Media https://ift.tt/2XGiR70
via Merah Hati Cintaku