Wednesday, 27 May 2020

Beza Umur 17 Tahun, Harris Alif Sedang Bercinta Dengan Intan Ladyana?


Selepas hubungannya dengan Kamal Adli berakhir 6 tahun lalu, tidak lagi kedengaran mengenai kisah cinta Intan Ladyana. Terbaru Intan dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon muda, Harris Alif.

Lebih menjadi perhatian, Harris memuat naik foto mereka bersama mengenakan pakaian raya sedondon sekaligus mengundang tanda tanya netizen. Diruangan komen, rata-rata netizen mendakwa mereka sedang menjalin hubungan istimewa.


Dalam pada itu, ada segelintir netizen memperkatakan mengenai jarak usia mereka. Harris bakal memasuki usia 21 tahun pada September depan manakala Intan pula akan menyambut hari lahir ke-38 Jun ini.


Bagaimanapun, ada netizen mengatakan cinta tidak mengenal usia dan tiada masalah jika perbezaan umur 17 tahun. Malah, ramai yang mengatakan pasangan itu sama cantik sama padan.


Terdahulu, spekulasi mengenai hubungan di antara kedua mereka bermula pada Mei lalu apabila Harris memuat naik foto bersama Intan dengan kapsyen ‘best part’.

Sumber: Rotikaya.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/3gup6Dy
via Merah Hati Cintaku