Sunday 31 May 2020

Pemandu Mabuk Didakwa Bunuh Kakitangan Alam Flora


KUANTAN - Seorang peraih ikan yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga merempuh kereta yang dipandu seorang kakitangan Alam Flora sehingga kemalangan didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan di sini hari ini atas tuduhan membunuh mangsa pada 25 Mei lalu.

Teoh Kian Peng, 42, dengan tenang mengaku memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Najwa Hashim.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Kian Peng yang memakai seluar pendek dan t-shirt putih didakwa membunuh Irwan Herman Kamarudin, 42, di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Petronas Bukit Rangin jam 9.20 malam pada 25 Mei lalu.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abd Ghani memaklumkan tiada sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh memandangkan tuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sementara tertuduh diwakili peguam Tay Yi Kuan.

Beliau memohon kepada mahkamah agar memberikan tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan forensik, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan kimia.

Mahkamah menetapkan 8 Julai depan sebagai sebutan kes.

Pada 26 Mei lalu, Media melaporkan seorang kakitangan Alam Flora sedang dalam perjalanan ke tempat kerja maut akibat dilanggar pemandu mabuk di Jalan Pintasan Kuantan secara melawan arus.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/2MdX0i2
via Merah Hati Cintaku