PERTEMUAN 'istimewa' antara dua individu di sempadan Selangor dan Perak yang dipisahkan dengan kawat duri di hari pertama Syawal semalam meruntun jiwa netizen selepas tular di media sosial.
Video yang dirakam seorang warganet Nur Adilah Abu Sien berdurasi satu minit 57 saat itu mendapat tontonan lebih 55,000 orang sehingga tengah hari ini.
Rakaman di sebuah jambatan dipercayai di sempadan Hulu Selangor dan Perak itu memaparkan seorang wanita cuba mengambil lemang daripada seorang lelaki dipercayai abangnya.
Wanita itu dirakam mencium tangan lelaki berkenaan sambil mengusap pipinya.
Lebih menyentuh jiwa, aksi itu dirakam ketika mereka dipisahkan dengan kawat duri yang dipasang pihak berkuasa bagi melarang orang ramai merentas negeri kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Nur Adilah turut meletakkan kapsyen pertemuan itu: "Terlerai jua kerinduan, walaupun dihalang oleh jejari besi".
Netizen yang melihat video dengan latar belakang lagu raya popular dendangan Aishah, Pulanglah menitiskan air mata atas pertemuan keluarga berkenaan.
Sumber: Harian Metro
from Sehinggit Media https://ift.tt/2XlNmiA
via Merah Hati Cintaku