Makan makanan pedas didapati boleh menyebabkan hilang ingatan menurut beberapa kajian yang dibuat oleh Universiti of South Australia dan Qatar University. Mereka mendapati individu yang suka makan makanan pedas setiap hari berisiko tinggi untuk mengalami dementia (nyanyuk, pelupa atau masalah memori).
Melalui kajian tersebut, penyelidik mengkaji seramai 4,582 orang dewasa berusia 55 tahun dan dewasa lebih dari 15 tahun di mana pengambilan makanan beserta memori mereka dipantau. Mungkin anda yang gemarkan rasa pedas akan berfikir dua kali sama ada mahu menambahkan rasa pedas atau tidak dalam hidangan anda selepas ini.
Bagi kebanyakan orang, setiap hidangan tidak lengkap andai kata tidak diselitkan dengan rasa pedas seperti sambal atau serbuk cili. Malah, ada yang menggigit cili api secara mentah-mentah, baru pedasnya terasa puas.
Apa yang mengejutkan, keputusan kajian mendedahkan peserta yang makan lebih dari 50 gram cili sehari berisiko dua kali ganda mengalami masalah penurunan memori dan kognisi yang lemah.
Keputusan itu turut mendedahkan masalah penurunan memori itu lebih mudah berlaku sekiranya penggemar makanan pedas adalah daripada mereka yang bertubuh kurus.
Dr Zumin Shi yang mengetuai kajian itu berkata,
“Pengambilan cili didapati bermanfaat untuk berat badan dan tekanan darah dalam kajian terdahulu.
”Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, kami mendapati terdapat kesan buruk terhadap golongan dewasa terutamanya orang tua.”
Satu analisis diet peserta juga menunjukkan bahawa pengambilan kedua-dua cili segar dan kering memberikan kesan ke atas daya ingatan, tetapi tidak bagi pengambilan capsicum atau lada hitam.
Walaupun begitu, kajian kini masih diteruskan bagi mencari penjelasan yang tepat terhadap perkara ini.
Sumber: https://ift.tt/2oTZ473
from Sehinggit Media https://ift.tt/3bSwvJA
via Merah Hati Cintaku