Wednesday, 27 May 2020

Tanda #Indonesia? Terserah!! Dinaikkan Pasukan Hadapan Indonesia Yang Kecewa Ramai Abaikan Penjarakan Sosial


DALAM dunia sedang giat memerangi penularan wabak pandemik COVID-19, barisan petugas hadapan Indonesia dilihat seperti sudah berputus asa.

Kata kunci "Indonesia? Terserah!!!" menjadi trending di media sosial akibat daripada kekecewaan kebanyakan masyarakat disana yang gagal mematuhi penjarakan sosial yang telah ditetapkan dalam membendung wabak COVID-19.

Selain kata kunci itu, tanda pagar #IndonesiaTerserah juga trending di media sosial dengan netizen Indonesia memberi komen, sindiran, dan menggunakan meme sebagai tanda tidak puas hati kepada mereka yang tidak endah kepada arahan pematuhan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) yang dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia sejak 15 Mac.


Tanda pagar itu dipercayai dimulakan oleh seorang petugas barisan hadapan di Indonesia pada 15 Mei yang lalu dan disokong oleh pengguna media sosial yang lain di Indonesia.


Sindiran tersebut juga diberikan kepada pihak berkuasa Indonesia yang dilihat tidak memaksimumkan penguatkuasaan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam PSBB.


Presiden Indonesia, Joko Widodo juga pernah menyatakan bahawa kunci keberhasilan pengendalian penyebaran COVID-19 adalah disiplin diri.

Namun, pada masa sama, dipercayai terdapat juga gambar yang disunting dan mengelirukan rakyat mengenai pematuhan PSBB antaranya ialah gambar ambar penunggang motosikal yang bersesak ketika berlakunya banjir buruk di Jakarta pada awal tahun 2020.

Menurut jurucakap pemerintah Indonesia, Achmad Yurianto Indonesia mencatat 1391 kematian dan kes positif meningkat kepada 22,750 kes pada Isnin.

Setakat ini, Indonesia mencatatkan jumlah kematian tertinggi di Asia Tenggara akibat COVID-19.





Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2X97O7j
via Merah Hati Cintaku