Monday 25 May 2020

Malaysia Catat 172 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini. Hanya 8 Kes Membabitkan Penularan Tempatan


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah harini melaporkan status terkini COVID19 di Malaysia. 

Menurutnya, terdapat pertambahan 172 kes baharu harini, manakala 34 dilaporkan pulih serta tiada kes kematian baru dicatatkan. 

Daripada jumlah tersebut, 5 adalah kes import yang mendapat jangkitan diluar negara. Manakala 167 kes adalah penularan tempatan di mana 159 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia di mana 112 telah dikesan di 3 Depot Tahanan Imigresen (DTI). 


Hanya 8 kes sahaja membabitkan penularan tempatan. Orang ramai tidak perlu bimbang kerana Depot Depot Imigresen ini merupakan tempat yang diasingkan daripada masyarakat umum dan dikawal oleh pihak berkuasa.


KKM turut melaporkan Seorang warga tempatan yg juga staf pentadbiran di depoh tahanan Imigresen telah disahkan positif COVID19

Pengesanan kontak rapat sedang dijalankan.

Punca jangkitan sama ada dari Orang Kena Tahan (OKT) atau jangkitan dalam komuniti masih dalam siasatan.




from Sehinggit Media https://ift.tt/2X2rytw
via Merah Hati Cintaku