Wednesday, 25 March 2020

Wanita Kurang Waras Bersalin Tepi Jalan, Tetap Jaga Anak Penuh Kasih Sayang


Tular di media sosial, kisah seorang wanita hamil yang kurang waras telah selamat melahirkan bayinya pada 18 Mac yang lalu.

Wanita itu bersalin seorang diri di tepi jalan di Makati, Filipina sebelum anggota polis membawa dia dan bayinya ke hospital untuk menerima rawatan.



Petugas perubatan nyata terkejut dengan tindakan wanita berkenaan yang bukan sahaja tidak membuang anaknya malah menjaganya dengan penuh kasih sayang.


Ketika di hospital, wanita itu dilihat memakaikan sarung tangan kepada bayinya sebelum memberikan susu kepadanya.




Walaupun mempunyai kekurangan dari segi mental, dia tetap dikurniakan naluri keibuaan seperti ibu-ibu yang lain.

Sumber: https://ift.tt/2TP95R3


from Sehinggit Media https://ift.tt/2xou4Qo
via Merah Hati Cintaku