Monday, 2 March 2020

Suspek Ditahan Hina Agong Sebenarnya Sakit Mental - KPN


Kuala Lumpur, 2 Mac – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan salah seorang individu yang menghina Yang Dipertuan Agong (YDPA) baru-baru ini memiliki rekod sakit mental.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia di Bukit Aman, pagi ini.

“Ada satu kes ni di mana suspek yang kita telah tangkap ini sebenarnya tidak sihat dari segi psikologi. Ada rekod,” kata beliau.


Beliau turut menasihati orang ramai agar bersabar dan berhemah dalam menggunakan hak bersuara.

“PDRM akan hormati demokrasi sama ada nak bercakap, menulis atau berkumpul.

“Undang-undang tidak menyekat, undang-undang itu sebenarnya untuk mengatur serta memberi jaminan kepada orang yang bercakap, melakukan dan mendengar, satu keadaan yang selamat dan teratur,” katanya.

Dengar ucapan beliau berkenaan hal ini pada minit 20:42.

Individu berkenaan sebelum ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai setelah satu kemas kini dimuat naiknya dipercayai mengandungi kata-kata berbentuk perhinaan terhadap (YDPA).

Tindakannya dipercayai kerana rasa tidak puas hati dengan keputusan diambil YDPA dalam menyelesaikan kemelut politik yang berlaku sejak minggu lepas.


Sumber: PDRM via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/38ePuMD
via Merah Hati Cintaku