Sunday 1 March 2020

Maaf, Saya Telah Kecewakan Anda - Syed Saddiq


“MAAFKAN saya kerana mengecewakan anda.”

Itulah kata-kata Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila membalas kicauan di laman Twitter beliau hari ini.

Katanya menerusi entri Twitter tersebut, beliau sudah cuba untuk menghentikan “mereka” namun gagal.

“Saya sudah cuba. Saya benar-benar sudah cuba menghentikan 'mereka'. Maafkan saya, Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihati belia Malaysia untuk berpegang teguh pada prinsip dan memperjuangkan pegangan mereka.


“Sebagai warga belia Malaysia, kita mesti berpegang teguh pada prinsip dan berjuang untuk apa yang kita percaya.

“Apakah maknanya jika kita dikelilingi kuasa, tetapi jiwa kita kosong?” tegasnya.

Pada Sabtu, beliau menyatakan sokongannya kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri kelapan.

Tegasnya, beliau tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan yang terpalit dengan rasuah.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu memberi penekanan bahawa integriti dan maruah perlu diutamakan, bukan kepentingan parti.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2vjv3kg
via Merah Hati Cintaku