Shaheizy Sam terpalit kontroversi apabila diberi notis bankrupsi baru-baru ini. Pelakon ini diberi peluang hingga 15 Februari tahun 2018 untuk menyelesaikan cukai tertungak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Pengarah Eksekutif Komunikasi dan Multimedia Korporat LHDN berkata Shaheizy perlu bertindak segera agar notis kebankrapan yang dikeluarkan sebelum ini boleh ditarik balik.
Ini pendedahan:
“Semalam [kelmarin] mahkamah menetapkan 15 Februari tahun depan untuk kes difailkan.
“Sebenarnya dalam tempoh enam bulan ini adalah masa untuk beliau menyelesaikan cukai tertunggak.
“Buat apa yang patut dan jangan berlengah lagi,”
Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan sehingga 15 Februari depan bagi LHDN meneruskan prosiding kes bankrap terhadap Shaheizy.
Untuk pengetahuan, suami kepada Syatilla Melvin itu dikenakan notis muflis kerana mempunyai cukai pendapatan tertunggak RM300,000. - Beritamemey
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2eNu53W
via IFTTT