Sunday, 24 September 2017

Kiera Bekas Peserta Clever Girl Mohon Maaf, Harap Netizen Berhenti Buat Spekulasi Negatif


Baru-baru ini timbul kontroversi apabila Noor Syakirah Mohd Azam (Kiera), peserta Clever Girl Malaysia yang mewakili Pulau Pinang telah membuat kenyataan secara terbuka mengenai penarikkan diri daripada program tersebut.

Graduan Universiti Oxford dalam bidang Sains Kejuruteraan tampil memohon maaf dia atas kenyataan yang dibuat itu dan berharap orang ramai berhenti daripada terus membuat spekulasi negatif yang boleh memberi imej buruk kepada rancangan tersebut.

"Kiera berharap semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama menghentikan spekulasi-spekulasi negatif yang sedang menular di Internet.

"Dengan kesempatan ini saya menyampaikan hasrat memohon maaf kepada pihak yang terbabit secara langsung atau tidak," ujarnya lagi.

Kiera ketika mengulas keyataan terbuka yang dibuat menerusi Instagramnya, Kieracatkingdom berkata, penarikkan diri tersebut disebabkan merasa tidak selesa dengan pihak produksi program berkenaan.

Melalui Instagramnya, Kiera juga mendakwa bahawa beberapa peserta kegemaran produksi telah diberikan jawapan lebih awal agar mendapat laluan lebih mudah ke pusingan seterusnya.

Namun, Kiera menyatakan bahawa dia telah memadam muat naik tersebut serta menarik balik kenyataan terbuka yang dibuatnya.

"Saya sudah padam status kenyataan itu dan bermakna saya menarik balik semula kenyataan berkenaan. Tambahan pula, saya sudah berjanji dengan produksi untuk tidak memberi sebarang komen terhadap keputusan penarikan diri tersebut," katanya.

Kiera bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada penonton yang setia memberi sokongan kepadanya sepanjang bersaing dalam program tersebut.

Pengunduran Kiera menjadikan hanya enam peserta bersaiang dalam yang bersiaran secara langsung setiap hari Jumaat, pukul 9 malam di TV3 itu.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fjaed0
via IFTTT