KASNODAR - RUSIA. Pasangan suami isteri didakwa selepas mengaku membunuh dan makan lebih dari 30 orang mangsanya, lapor Sinar Harian.
Pelaku berkata, jenayah itu dilakukan dalam tempoh 18 tahun dan polis percaya mereka telah menemui lapan bahagian badan, lapor The Mirror.
Dmirty Baksheev, 35 dari Kasnodar di selatan Rusia didakwa memberitahu penyiasat dia mula membunuh dan makan orang pada tahun 1999.
Baksheev dan juga isterinya Natalia,42 dituduh membunuh mangsa dengan meletakkan dadah dalam minuman kepada mangsanya sebelum menyerang mereka serta menyimpan mayat mereka di dalam peti sejuk dan di bilik bawah tanah.
Natalia didakwa mengaku melakukan lebih daripada 30 kes pembunuhan dan memakan mangsa.
Beberapa foto turut menunjukkan bagaimana pasangan itu menyimpan daging manusia di dalam balang dan sekitar 19 keping kulit manusia ditemui.
Baksheev ditahan pada 12 September lalu selepas mayat seorang wanita ditemui di dalam baldi dan beg di sebuah akademi tentera di Krasadonar dimana pasangan itu bekerja dan tinggal.
Beg lain yang dipenuhi barangan wanita itu turut ditemui.
Menurut agensi berita Rusia Mash, Natalia telah menjalani ujian psikiatri sejak penahanannya.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xzUA5i
via IFTTT