IA merupakan detik-detik menyedihkan bagi seorang remaja, Vishwas G. Ketika dia tergapai-gapai dalam air, kawan-kawannya pula sedang sibuk berswafoto, tanpa menyedari rakan mereka itu sedang kelemasan.
Kejadian berlaku di Bangalore, India ketika remaja berusia 17 tahun itu berkelah bersama rakan sepengajiannya di kolej kebangsaan.
Menurut salah seorang rakannya, Sumanth A, ketika kejadian mereka sedang berkelah dan berenang di sebuah kuil.
Selepas habis berenang, mereka berswafoto beramai-ramai dan meninggalkan kolam berkenaan tanpa menyedari kehilangan Vishwas.
“Salah seorang rakan kami melihat semula gambar itu dan menyedari Vishwas lemas. Kami kembali semula ke kolam itu namun dia telah hilang,’’ katanya yang kemudian memaklumkan kepada pensyarah mereka, Prof, Girish yang bertugas memantau pelajar terbabit.
Mereka menghubungi polis dan tidak lama kemudian mayat Vishwas ditemui di kolam kuil terbabit yang berusia 300 tahun.
Keluarga Vishwas turut dimaklumkan mengenai anak mereka dan mereka bergegas ke situ.
Keluarga mangsa mendakwa pensyarah yang bertugas cuai dan mahu tindakan diambil namun tidak lama kemudian menarik balik gesaan terbabit.
Ia selepas pengurusan kolej berjanji akan menyiasat dan mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana pihak yang cuai.
Vishwas merupakan anak kepada seorang penarik beca.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xMFv2s
via IFTTT