Akibat tekanan seseorang boleh melakukan apa sahaja di luar kewarasan akal mereka. Mereka adakalanya tidak sedar akan apa yang dilakukan sehingga mendorong mereka melakukan sesuatu yang berbahaya kepada diri serta orang di sekeliling mereka.
Baru-baru ini berlakunya sebuah kes percubaan bunuh diri di Beijing yang telah menggemparkan penduduk tempatan. Seorang wanita dilihat sedang berdiri bersama anaknya di luar tingkap rumahnya kelihatan seperti mahu membunuh diri.
Anaknya yang menangis jelas sekali menunjukkan bahawa dia dalam ketakutan. Dia terus menangis dan berkata bahawa dia tidak mahu terjun ke bawah. Penduduk setempat yang menyaksikan detik yang mendebarkan itu terus menghubungi pihak polis.
Polis datang dan berusaha untuk menghalang wanita tersebut daripada terjun namun semuanya seolah-olah tidak berhasil. Wanita itu masih dengan keputusannya.
Dia mahu terjun bersama anaknya. Anaknya juga seolah-olah tidak boleh berbuat apa. Dia hanya berkata “Ibu jangan tolak saya, biar saya lompat sendiri.”
Rupa-rupanya suami wanita ini telah curang kepadanya dan tidak lagi peduli akan keluarganya selepas keluar meninggalkan rumah. Isteri yang ditinggalkan itu berasa seperti sudah putus asa dengan hidupnya sehingga dia akhirnya memutuskan untuk membunuh diri bersama anak perempuannya.
Si suami yang dihubungi berkenaan dengan kejadian itu terus bergegas pulang ke rumah. Si isteri yang melihat kedatangan suaminya terus menjerit dengan mengatakan bahawa dia telah memaafkan suaminya, tetapi suaminya tetap pergi bahkan telah 3 bulan tinggal bersama teman wanitanya.
Selepas 3 jam wanita tersebut nampak keletihan. Polis segera mengambil kesempatan dan segera menarik wanita tersebut serta anak perempuannya masuk ke dalam rumah.
Mereka akhirnya berjaya diselamatkan. Bunuh diri sememangnya bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah hidup bahkan menambah perit dan derita, bukan hanya kepada diri sendiri malah kepada orang lain.
Setiap masalah pasti punya jalan penyelesaiannya. Duduk seketika, tenangkan diri dan berbincanglah dengan baik, semua masalah pasti ada jalan keluar.
Buat suami pula, hargailah isteri dan keluarga anda. Jangan kerana isteri tidak lagi cantik seperti dahulu anda terus meninggalkannya. Isteri juga punya hati dan perasaan yang harus dijaga dan sedarlah dia telah bertarung nyawa untuk melahirkan anak-anak anda.
Sumber: Era Baru
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wLhrxG
via IFTTT