PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit Erma Fatima meluahkan rasa gembira apabila mendapat berita adiknya iaitu Betty Rahmad bakal mendirikan rumah tangga.
Erma menerusi satu foto yang dimuat naik di Instagram pada Isnin mengucapkan syukur kerana ia merupakan berita yang lama dinantikannya.
"Alhamdulillah... sekian lama ku nantikan. Hanya Allah tahu betapa gembiranya berita ini aku terima.
Foto yang dimuat naik Erma Fatima pada Isnin.
"Allah ambil suamiku... Allah gantikan dengan kegembiraan buat adik ku... @bettyrahmad Terima kasiih Allah," tulisnya.
Erma dan Bade Azmi bercerai dengan talak satu satu pada 17 Ogos lalu selepas 26 tahun mendirikan rumah tangga.
Betty yang juga seorang pelakon pada pagi Isnin memuat naik foto dia sudah menerima lamaran kekasihnya yang dikenali sebagai Ardy Damis ketika makan malam di sebuah restoran di Bali, Indonesia.
Sementara itu, aktres Datin Umie Aida turut meluahkan rasa syukur apabila adiknya itu membuat keputusan untuk berkahwin.
Betty bersama kekasihnya Ardy Damis.
"Alhamdulilah... walaupun sudah habis belajar dan dah kerja pun, tapi ayat yes memang susah dia nak sebut. Dalam erti kata tak pernah sebut atau tak tahu sebut atau tak ingin sebut.
"Tapi malam ni cikgu Damis berjaya ajar betty sebut yes! Yeaaayyyy !!! Aku bakal dapat adik ipar @ardydamis tahniah adikku," ujarnya.
Dalam pada itu beberapa rakan artis yang baik dengan Betty turut mengucapkan tahniah dan mendoakan urusan untuk berumah tangga dipermudahkan.
Sumber: Mstar Online
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fkDPTf
via IFTTT